Sunday, December 19, 2010

Pertandingan Boling Tertutup 4B Sg Tekali 2010

Belia 4B Kg. Sg. Tekali menutup tirai aktiviti 2010 dengan menganjurkan Pertandingan Boling Belia 4B Kg. Sg. Tekali pada 12 Disember 2010 bertempat di Mines Wonder Bowl, Seri Kembangan Selangor. Objektif utama pertandingan ini diadakan bertujuan memastikan kesinambungan aktiviti 4B Kg. Sg. Tekali bagi tahun 2011. Syarat Kumpulan bertanding yang diletakkan iaitu setiap ahli dlm kumpulan mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan bertujuan mengeratkan lagi hubungan keluarga dalam masa sama memastikan setiap ahli keluarga di Kg. Sg. Tekali ini memberikan sokongan kepada apa2 jua aktiviti yang dijalankan secara langsung mahupun tidak langsung tanpa mengira pangkat dan jurang umur.

Insyaallah, acara ini akan menjadi acara tahunan Kg. Sg. Tekali dan akan ditambahbaik perjalanannya supaya lebih menarik lagi.

Kepada yang terlibat menjayakan program ini, diucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan lagi demi menjadikan kampung kita salah satu kampung yang disegani di Hulu Langat.